Showing posts with label Insaf Diri. Show all posts
Showing posts with label Insaf Diri. Show all posts

Sunday, December 12, 2010



Aku yang munafiq
Dalam ikrar solatku, hidupku dan matiku hanya untukmu Tuhan
Namun aku sering beralasan dalam menunaikan tuntutan dan kewajipan

Aku yang munafiq
Kerna sering melambatkan ibadah sembahyang
Namun cukup punctual bila nak pi tengok bola,wayang,lepak minum

Aku yang munafiq
Mengaku beriman akan taat pada suruhan
Namun nafsu dan bisikan syaitan yang aku turutkan

Aku yang munafiq
Sanggup berbelanja untuk bergaya dan bermegah
Namun sukar untuk bersedekah dan beramal jariah

Aku yang munafiq
Yakin pada ALLAH yang ESA
Namun tv, hiburan yang aku sembah setiap waktu

Aku yang munafiq
Yakin dan percaya pada azab balasanNYA
Namun aku masih alpa untuk bertaubat padaNYA

Aku yang munafiq
Punyai ilmu dan tahu segala hukumNYA
Namun tetap engkar, lakukan laranganNYA

Aku yang munafiq
Masih tidak puas melakukan dosa
Walau tak terhitung nikmat anugerahNYA

Aku yang munafiq
Masih menafikan diri yang berdosa
menganggap dosa hanyalah ibarat lalat yg singgah di hidung,
Hanya menilai dan melihat keburukan orang sahaja
Walau tuhan sudah kurniakan dua mata, tapi masih buta

Adakah aku munafiq ?
Sedar tak sedar aku tergolong ke dalamnya
Oleh itu….sedar-sedarlah wahai diri yang pasti binasa
hancur dimakan ulat2...
ALLAH...

Dipetik dari : bukutulisnaim.blogspot.com

Sunday, November 1, 2009

Assalamualaikum...

Kite smue dah sdia mklum kn kn ttg printh Allh kpd smue umat manusia dalam surah Al-Alaq dimana ayat pertama yg diturunkan adalah perintah membaca kepada semua umat manusia.. xpyh la nk state ayt tu kn sbb smua dah sdia mklum..kat situ kita dah nmpk betape pntingnya Allah mneknkn printah membaca ni kpd kita..

Membaca ni dpt bntu kita utk buka pintu fkiran dan mmandu kita ke arah kpandaian dan kbijaksanaan.. kalu kita tgk..mmbaca ni dpt bagi kita bekalan hikmah..buat lidah kita x kelu.. tingktkn kupayaan kita bfikir..dan leh bantu utk elakkan pkara2 syubhah..Bagi aku.. bace buku ni adalh hburan bg yg mnyendri, munajat bagi jiwa, dialog bgi yg sng bsembang, nikmat bgi yg suke merenung-renung, dan mcm plita bgi org yg bjalan kat tgh2 kglpn..

Kalau ilmu tu slalu kite ulang2 dan kuasai..InsyaAllah..konfem2 ilmu tu akn berbuah, ranum dan tibalah masa utk dipetik..wlupun mcm tu, ilmu tu ttp melekat kt dahan2nye dan akn mmberikan buahnye tiap2 kali dperlukan dgn izin Allah s.w.t..

Kite msti ade rse kn..da dkt2 nk exm ni mkin mls nk study..bukan kalian je rase..aku pun rase mcm tu jgk.. tapi bila aku fkir2 balik..keengganan nk study ni bgaikn pnjara bagi lisan..kongkongan thdp nilai2 pribadi.. kbekuan utk hati..ke'damage'kn bgi otak.. kematian syakhsiah..kelesuan di tgh2 jln utk crik ilmu..kkringan bgi fikiran..dan ape2 je la.. Kenapa mcm tu yek? bagi aku..mungkin sbb buku tu slalu mgndungi faedah , pbandingan, kebijaksanaan, cerita, sejarah dan hkyat2 yg sgt unik..(x tmasuk komik, mjlh hburan n swaktu dgnnye..hehe)..

Cube kita smua muhasabah n fkir dlm2..sebenarnya faedah2 mmbace ni terlalu bnyk sangat..x mungkin kita boleh kira dgn jari faedahnye, sama ade dcampur mggunakan jari tgn dan kaki sndri ataupun dtmbah dgn jari2 sume umat manusia dan haiwan2 yg mmpunyai jari.. xtkira faedahnya..Sbb tu..jom lah sme2 kita berlindung dan mmohon kpd Allah, biar keinginan dlm hati kita ni x mati..azam dlm jiwa xlmh..dan smgt dlm dada kite ni xredup..kerane ape?? kerana itulah MUSIBAH dalam erti kate sebenar... nak elak MUSIBAH kene selalu MUHASABAH.... sme2 kita aplikasikan..InsyaAllah..

Pepatah arab ade mgatekn:
"Ilmu tanpa amal bagaikan pohon tanpa buah"..
Kita leh amik ppth ni sbg pgangan kita..sbb kalu bace tapi x amal pun xgune kn..jadi..kdua2nya knelah terbang seiringan..(asik jln je..kli ni biar terbng plk..nmpk luas skit)..

Akhirul kalam..yg baik tu dtg dari Allh..dan yg buruk tu dtg dari kesilapan hambaNya yg hina ni..aku xnk ckp "mari kita buang yg keruh..ambil yg jernih"..da klise sgt.. lagipun aku rase bnde yg keruh tu xpatut dibuang trus sbb yg keruh tu la sumber utk kita menilai kembali dan muhasabah diri kita balik.. jadi skg ni aku nk ckp..jomlah kita tambah air yg jernih ke dalam air yg keruh..sbb air yg keruh tu sush nk dibuang..tapi kalu dtambah dgn air yg jernih..InsyaAllah dapat jernihkan kmbali air keruh tu..(yg pnting lebih 2 kolah)..

p/s: kredit to naima sbb analogi air keruh tu dia yg ajr..syukran..


Sekian..Wassalam..

Saturday, October 31, 2009

Assalamualaikum...

Juz nak kongsi satu kata madah pujangga dari Allayarham Ustz Asri Ibrahim..
Dunia dan akhirat mmg xboleh kita pisahkan..sbb..tiket utk bjaya diakhirat bmula dari dunia..

Hayatilah petikan ni..

" Aku adalah pengejar syurga akhirat..bagiku dunia adalah tempat mempersiapkn segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak pernah dapat ku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.. maka, rumah dan kluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku...Tempat kerja syurga dunia harianku...tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga dunia yang lebih luas..Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.."

Thursday, October 29, 2009

HADIS 36

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.

(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.

(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.

(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.

Wassalam..

Lebanese Singers Lubnan-alkawi.com - Ma Kholsit El 7keyeh .mp3
Found at bee mp3 search engine